How to Use Vinegar in Cleaning Your House (Part 1)

Vinegar can be regarded as one of multipurpose solution beside Baking Soda. It acidic property can help you in a number of ways especially in handling house cleaning.

What is vinegar?

Vinegar is a solution with acidic properties usually produced by fermentation of ethanol or sugars by acetic acid bacteria.

Properties and composition of Vinegar

Vinegar has the chemical composition of CH3COOH.

Vinegar also has acidic properties at pH Value 2.4.

Since vinegar is acidic it can be used for a several of purposes. As you have known, acids are corrosive, but vinegar is not that too corrosive to harm human skin. (At least for kitchen-use vinegar, usually fruits vinegar). If you are wondering, several examples of its uses are:

Clogged Kitchen Drain (Vinegar and Baking Soda, Warm Water)

Well, we start off with the dynamic duo. Vinegar and its couple Baking Soda. Should you find your kitchen sink is clogged, just use these two items to help you unclog it.

  1. Pour boiling water down the drain.
  2. Put some baking soda about 2-3 spoon.
  3. Pour a glass of mixture of glass and vinegar.
  4. You should see bubbles might be forming.
  5. Flush with a glass of boiling water.

Sticky residue from wall sticker

Here’s the situation, you have old sticker on your house wall. You removed it and you found out that some sticky residue on the wall. Well, that’s a “sticky-situation”. What you can do to help you to remove the residue easier is spray some vinegar onto the residue and let it absorb for a few minutes. Take some paper cloth and wipe that residue clean from your wall.

Smelly trashcan (soak bread in vinegar)

Sometime, when you have discarded your trash, there are still some smelly odor left. By using vinegar, you can try to remove or at least reduce the smelly odor. Here’s how. Soak a slice of bread in a bowl of vinegar. Put the soaked slice of bread into the trash bin and leave it there for 1 night.

Make your own cleaning agent (1/3 vinegar, 2/3 water, some soap)

You are out of cleaning soaps or sprays? Well worry not, as you can make a cleaning agent solution yourself by using vinegar. Just take a spray bottle and fill 1/3 of the spray bottle with vinegar and fill up with water. You can also put some dishwashing soap (maybe 2 caps of soap) to make it smell nice.

Clean glass by spraying vinegar

Did you know that you can also use vinegar to wipe glass. Use vinegar to remove streaks on glass. One of the reasons of using vinegar is that it also can dissolve sticky films on the glass.

Now, you can try some of the tips of using vinegar to clean your house. I am sure there a lot more uses of vinegar and keep stay tune with @bumiclean to find out more.

Stay tune with us for more cleaning tips and interesting articles.

No maids? No problem. Find the best cleaning service in Kajang here!

Cara Mencuci Dapur Masak Dengan Mudah Dengan Menggunakan Cuka dan Baking Soda

Setelah seharian memasak, anda mendapati dapur anda dicemari dengan kotoran gris dan minyak yang sukar dicuci dengan air 

Seringkali setelah kita memasak, kita akan mendapati terdapat kotoran kesan minyak yang terpercik atau terjatuh semasa kita memasak. Hmm.. biasa bukan? 

Masalah sebegini sememangnya tidak dapat dielakkan kerana tindak balas minyak dengan partikel air akan menyebabkan didihan minyak tersebut akan terpercik keluar kuali. 

Sekiranya sedikit sahaja, mungkin tiada masalah. Tetapi, “bak kata pepatah, sikit-siki lama-lama jadi bukit”. Percikan minyak yang terkumpul dalam masa beberapa hari akan menyebabkan dapur kita kelihatan kotor dan berselerak. Pada pandangan mata kita, sudah tentu kita akan berasa tidak begitu selesa memasak di sekitar dapur yang kotor bukan? 

Jadi, di sini, saya ingin berkongsi kepada para pembaca, satu kaedah yang sangat senang dan murah untuk membersihkan kotoran minyak tersebut. 

Dapur yang kotor akan menyebabkan kita tidak selesa memasak dengan tenang, bukan? 

GUNAKAN SERBUK PENAIK (BAKING SODA) DAN CUKA 

Barang ajaib ini lagi? Hahaha, ya. Baking Soda mempunyai banyak fungsi selain memasak. Antaranya, kita boleh campurkan baking soda ini dengan cuka untuk menghasilkan larutan yang boleh membantu kita untuk mencairkan kotoran minyak degil di dapur memasak kita. 

Cara-caranya: 

  1. Taburkan baking soda ke atas dapur memasak anda. Tumpukan di tempat-tempat yang terkumpulnya kotoran minyak tersebut. 
  2. Setelah itu, tuangkan sedikit cuka ke atas baking soda tersebut. Tuang dengan cermat, agar tidak tumpah ke dalam celah-celah dapur memasak. 
  3. Biarkan beberapa minit. Anda mungkin akan mendapati tindakbalas kimia yang berbuih. 
  4. Setelah beberapa minit (5-10 minit), ambil sehelai kain buruk dan bersihkan (sental) kawasan kotoran tersebut. 
  5. Anda akan mendapati kotoran tersebut akan lebih mudah dicuci. 

 

Mudah bukan? 

Yang penting, larutan tersebut adalah murah dan anda boleh menghasilkannya dengan mudah dengan hanya menggunakan cuka dan baking soda. 

Selamat mencuba! 

Stay tune with us for more cleaning tips and interesting articles.  

No maids? No problem. Find the best cleaning service in Kajang here! 

Sabun dan kulit sensitif

Cara Memilih Sabun Basuh Pinggan Yang Tidak Merosakkan Kulit

“Sesetengah sabun basuh pinggan boleh menyebabkan kulit tangan menjadi menggelupas, terutamanya mereka yang mempunyai kulit sensitif.”

Tangan menggelupas akibat tersalah guna sabun

Pernahkah anda terlihat rakan atau saudara anda ataupun anda sendiri mengalami kulit menggelupas selepas menggunakan sabun basuh pinggan yang tertentu. Saya pasti ramai dalam kalangan kita yang pernah mengalami benda yang sama.

Walaubagaimanapun, kerja membasuh pinggan tetap perlu dilakukan, dan adakalanya keadaan ini boleh menyebabkan rasa tidak selesa dan sakit sekiranya ianya digunakan untuk masa yang lama.  Hal ini mungkin lagi bermasalah untuk mereka yang mempunyai gejala kulit sensitif seperti Eczema atau Psoriasis.

Pernahkah anda terfikir kenapakah ada sesetengah daripada sabun basuh pinggan tersebut yang boleh digunakan dan tidak merosakkan kulit, dan ada yang boleh menyebabkan kerosakan kulit.

Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi kepada rakan pembaca berkenaan dengan sebabnya.

Bahan Kimia

Kebanyakan sabun yang standard mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan radang kulit untuk sesetengah daripada mereka yang mempunyai kulit sensitif. Bahan kimia seperti Phosphate, Pewangi, dan juga pewarna boleh menyebabkan tindakan kimia yang tertentu seperti:

  1. Phosphate – memusnahkan lapisan lipid kulit
  2. Pewangi dan dai – mengaktifkan cell T (salah satu sell sistem pertahanan) yang akan tersalah menyerang sel biasa.

Tambahan lagi, pewangi boleh menyebabkan radang kulit, pening kepala, mabuk dan sebagainya, buat mereka yang mempunyai dermatitis.

Lapisan lipid kulit manusia

Lapisan lipid (kulit manusia)

Set T yang melindungi badan manusia

T Cell daripada sistem imunisasi manusia

Pewarna dalam pencuci

Pewarna (dai)

Cara memilih sabun pencuci pinggan dengan selamat

Satu kaedah yang anda boleh cuba selepas ini apabila membeli belah sabun pencuci pinggan adalah dengan mencari sabun yang mempunyai perkataan seperti:

  • Phosphate-free/No Phosphate – tidak mengangdungi phosphate
  • Dye-free/No Dye – tidak mengandungi pewarna
  • no phthalates – tidak mengangdungi phthalates
  • Fragrance-free – tidak mengandungi bau
  • Hypoallergenic – bahan kimia yang kurang menyebabkan alergi

Bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai masalah kulit yang serius dan anda terpaksa melakukan kerja membasuh pinggan tanpa sabun yang sesuai, anda boleh memakai sarung tangan yang sesuai. Setidak-tidaknya anda akan selesa selepas membasuh pinggan, walaupun kurang selesa sedikit semasa membasuh pinggan.

Selamat mencuba dan semoga sihat-sihat semua!

Stay tune with us for more cleaning tips and interesting articles.

No maids? No problem. Find the best cleaning service in Kajang here!

Wangikan rumah anda dengan cara mudah dan semulajadi ini!

“Jadikan rumah anda sebuah kawasan yang selesa dan wangi untuk didiami dengan hanya gunakan barangan di dapur”

Setiap suri rumah pasti mengidamkan rumah mereka untuk sentiasa wangi dan selesa didiami. Ye lah kan, contohnya, apabila suami mereka yang penat bekerja seharian di pejabat dan mengharungi kesesakan jalan raya yang bising dan rimas itu, semestinya para isteri ingin memberikan ketenangan dan keselesaan kepada suami mereka di rumah pula.

Adakalanya, rumah yang telah dikemaskan dan disusun rapi yang kita harapkan dapat menyejukkan mata suami, tidak berapa menjadi pula, dek kerana bauan yang kurang menyenangkan seperti bau asap dapur, atau barang-barang lama, makanan dan sebagainya.

Untuk mereka yang mempunyai alatan seperti pewangi automatik dan humidifier mungkin tiada masalah, atau tidak perlu risau sangat masalah ini, tapi, bagi para isteri yang mungkin tidak berkesempatan untuk mengisi wangian baru, atau alat tersebut telah habis bateri, atau tiada langsung alat tersebut, di sini, saya ingin kongsikan bersama anda semua cara-cara yang mudah dan ringkas untuk mewangikan rumah anda dengan hanya menggunakan barangan di dapur sahaja!

Rumah yang wangi pastinya menceriakan penghuninya!

GUNAKAN PERIUK NASI ELEKTRIK DAN LARUTAN SERBUK PENAIK

Cara-carannya:

  1. Masukkan serbuk penaiik (Baking Soda) beberapa sudu besar ke dalam periuk nasi elektrik.
  2. Masukkan beberapa gelas air paip.
  3. Hidupkan periuk nasi elektrik tersebut tanpa perlu menutup periuk tersebut.
  4. Setelah air mendidih, tukarkan mod kepada “Keep Warm”.
  5. Biarkan selama satu jam di bilik atau Kawasan yang berbau tersebut.

Dengan menggunakan kaedah ini, wap air yang telah larut dengan serbuk penaik akan meneutralkan bauan yang terdapat di dalam udara.

Periuk nasi dan serbuk penaik (Baking soda)

 GUNAKAN HIRISAN LEMON, LIMAU NIPIS DAN OREN

Saya yakin anda semua tahu betapa bagusnya buah-buah citrus ini dalam menghilangkan rasa-rasa mual dan mabuk bauan. Semestinya, buah-buahan ini juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau bilik anda dengan mudah juga!

Caranya adalah:

  1. Hiriskan buah lemon, buah limau nipis dan buah oren dan campurkan semuanya dalam satu bekas.
  2. Anda juga boleh tambahkan beberapa batang kayu manis dan beberapa biji cengkih dalam campuran tersebut.
  3. Rebuskan campuran tersebut sehingga mendidih.

Wap air tersebut akan menghilangkan bau-bau yang kurang enak dan anda juga boleh semburkan larutan tersebut ke tempat-tempat yang berbau seperti sofa.

Campuran lemon, limau nipis dan oren serta kayu manis dan cengkih dapat menghasilkan haruman!

SAPUKAN ESEN VANILA DI MENTOL LAMPU DI DINDING

Tips ini mungkin agak jarang digunakan, tapi anda boleh cuba sendiri untuk melihat keberkesanannya. Anda boleh menggunakan esen vanila yang sering digunakan untuk membuat kek itu untuk mengharumkan rumah anda!

Cara-caranya:

  1. Letakkan beberapa tiitk esen vanilla dalam piring kecil.
  2. Pastikan lampu yang dipilih ditutup suis dahulu.
  3. Gunakan berus kecil untuk sapukan esen vanila tersebut di permukaan mentol lampu seperti lampu bilik tidur atau lampu yang yang boleh dicapai oleh anda.

Apabila lampu dinyalakan, haba yang terhasil akan menyebabkan bauan tersebut timbul di udara. Bilik anda kini berbau vanilla!

Bauan vanila di lampu bilik tidur semestinya menimbulkan rasa romantik!

Selamat mencuba!

Stay tune with us for more cleaning tips and interesting articles.

No maids? No problem. Find the best cleaning service in Kajang here!