Wangikan rumah anda dengan cara mudah dan semulajadi ini!

“Jadikan rumah anda sebuah kawasan yang selesa dan wangi untuk didiami dengan hanya gunakan barangan di dapur”

Setiap suri rumah pasti mengidamkan rumah mereka untuk sentiasa wangi dan selesa didiami. Ye lah kan, contohnya, apabila suami mereka yang penat bekerja seharian di pejabat dan mengharungi kesesakan jalan raya yang bising dan rimas itu, semestinya para isteri ingin memberikan ketenangan dan keselesaan kepada suami mereka di rumah pula.

Adakalanya, rumah yang telah dikemaskan dan disusun rapi yang kita harapkan dapat menyejukkan mata suami, tidak berapa menjadi pula, dek kerana bauan yang kurang menyenangkan seperti bau asap dapur, atau barang-barang lama, makanan dan sebagainya.

Untuk mereka yang mempunyai alatan seperti pewangi automatik dan humidifier mungkin tiada masalah, atau tidak perlu risau sangat masalah ini, tapi, bagi para isteri yang mungkin tidak berkesempatan untuk mengisi wangian baru, atau alat tersebut telah habis bateri, atau tiada langsung alat tersebut, di sini, saya ingin kongsikan bersama anda semua cara-cara yang mudah dan ringkas untuk mewangikan rumah anda dengan hanya menggunakan barangan di dapur sahaja!

Rumah yang wangi pastinya menceriakan penghuninya!

GUNAKAN PERIUK NASI ELEKTRIK DAN LARUTAN SERBUK PENAIK

Cara-carannya:

  1. Masukkan serbuk penaiik (Baking Soda) beberapa sudu besar ke dalam periuk nasi elektrik.
  2. Masukkan beberapa gelas air paip.
  3. Hidupkan periuk nasi elektrik tersebut tanpa perlu menutup periuk tersebut.
  4. Setelah air mendidih, tukarkan mod kepada “Keep Warm”.
  5. Biarkan selama satu jam di bilik atau Kawasan yang berbau tersebut.

Dengan menggunakan kaedah ini, wap air yang telah larut dengan serbuk penaik akan meneutralkan bauan yang terdapat di dalam udara.

Periuk nasi dan serbuk penaik (Baking soda)

 GUNAKAN HIRISAN LEMON, LIMAU NIPIS DAN OREN

Saya yakin anda semua tahu betapa bagusnya buah-buah citrus ini dalam menghilangkan rasa-rasa mual dan mabuk bauan. Semestinya, buah-buahan ini juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau bilik anda dengan mudah juga!

Caranya adalah:

  1. Hiriskan buah lemon, buah limau nipis dan buah oren dan campurkan semuanya dalam satu bekas.
  2. Anda juga boleh tambahkan beberapa batang kayu manis dan beberapa biji cengkih dalam campuran tersebut.
  3. Rebuskan campuran tersebut sehingga mendidih.

Wap air tersebut akan menghilangkan bau-bau yang kurang enak dan anda juga boleh semburkan larutan tersebut ke tempat-tempat yang berbau seperti sofa.

Campuran lemon, limau nipis dan oren serta kayu manis dan cengkih dapat menghasilkan haruman!

SAPUKAN ESEN VANILA DI MENTOL LAMPU DI DINDING

Tips ini mungkin agak jarang digunakan, tapi anda boleh cuba sendiri untuk melihat keberkesanannya. Anda boleh menggunakan esen vanila yang sering digunakan untuk membuat kek itu untuk mengharumkan rumah anda!

Cara-caranya:

  1. Letakkan beberapa tiitk esen vanilla dalam piring kecil.
  2. Pastikan lampu yang dipilih ditutup suis dahulu.
  3. Gunakan berus kecil untuk sapukan esen vanila tersebut di permukaan mentol lampu seperti lampu bilik tidur atau lampu yang yang boleh dicapai oleh anda.

Apabila lampu dinyalakan, haba yang terhasil akan menyebabkan bauan tersebut timbul di udara. Bilik anda kini berbau vanilla!

Bauan vanila di lampu bilik tidur semestinya menimbulkan rasa romantik!

Selamat mencuba!

Stay tune with us for more cleaning tips and interesting articles.

No maids? No problem. Find the best cleaning service in Kajang here!

Posted in Articles and tagged , , , .