“Setelah seharian memasak, anda mendapati dapur anda dicemari dengan kotoran gris dan minyak yang sukar dicuci dengan air”
Seringkali setelah kita memasak, kita akan mendapati terdapat kotoran kesan minyak yang terpercik atau terjatuh semasa kita memasak. Hmm.. biasa bukan?
Masalah sebegini sememangnya tidak dapat dielakkan kerana tindak balas minyak dengan partikel air akan menyebabkan didihan minyak tersebut akan terpercik keluar kuali.
Sekiranya sedikit sahaja, mungkin tiada masalah. Tetapi, “bak kata pepatah, sikit-siki lama-lama jadi bukit”. Percikan minyak yang terkumpul dalam masa beberapa hari akan menyebabkan dapur kita kelihatan kotor dan berselerak. Pada pandangan mata kita, sudah tentu kita akan berasa tidak begitu selesa memasak di sekitar dapur yang kotor bukan?
Jadi, di sini, saya ingin berkongsi kepada para pembaca, satu kaedah yang sangat senang dan murah untuk membersihkan kotoran minyak tersebut.
Dapur yang kotor akan menyebabkan kita tidak selesa memasak dengan tenang, bukan?
GUNAKAN SERBUK PENAIK (BAKING SODA) DAN CUKA
Barang ajaib ini lagi? Hahaha, ya. Baking Soda mempunyai banyak fungsi selain memasak. Antaranya, kita boleh campurkan baking soda ini dengan cuka untuk menghasilkan larutan yang boleh membantu kita untuk mencairkan kotoran minyak degil di dapur memasak kita.
Cara-caranya:
- Taburkan baking soda ke atas dapur memasak anda. Tumpukan di tempat-tempat yang terkumpulnya kotoran minyak tersebut.
- Setelah itu, tuangkan sedikit cuka ke atas baking soda tersebut. Tuang dengan cermat, agar tidak tumpah ke dalam celah-celah dapur memasak.
- Biarkan beberapa minit. Anda mungkin akan mendapati tindakbalas kimia yang berbuih.
- Setelah beberapa minit (5-10 minit), ambil sehelai kain buruk dan bersihkan (sental) kawasan kotoran tersebut.
- Anda akan mendapati kotoran tersebut akan lebih mudah dicuci.
Mudah bukan?
Yang penting, larutan tersebut adalah murah dan anda boleh menghasilkannya dengan mudah dengan hanya menggunakan cuka dan baking soda.
Selamat mencuba!
Stay tune with us for more cleaning tips and interesting articles.
No maids? No problem. Find the best cleaning service in Kajang here!