Pernah tak anda mengalami masalah singki tersumbat? Mesti biasa berlaku kanteringat zaman belajar saya dulu sewaktu tinggal serumah dengan sipembuang sisa minyak masak ke dalam singki.
Kitasemua tahu minyak tak larut dalam air, jadi bila sebahagian minyak yang kita buang ke dalam singki tu melekat pada dinding paip saluran, maka tersumbat lah dia.Tambahan pula, sisa minyak tersebut memerangkap sisa makanan yang masuk ke dalam paip saluran. Jadi cebisan yang terkumpul menyebabkan singki tersumbat.
Hari ini, team @bumiclean nak kongsikan kepada pembaca, berkenaan cara selesaikan masalah ini dengan kos yang paling minimum. Tak perlu bayar plumber mahal-mahal untuk betulkan. Sila ikuti cara-cara dibawah. Ini proven success tau!
- Tuangkan baking powder kedalam lubang singki. Sebelum tu, pastikan anda dah buka penutup singki untuk memaksimumkan kemasukan baking powder.
- Biarkan lubang singki yang penuh dengan baking powder tadi semalaman.
- Keesokan harinya, tuangkan air panas mendidih ke dalam lubang singki tersebut.
- Siap!
Kepada anda yang kurang pasti dengan tips ini, ketahuilah singkin rumah saya pun tersumbat dan saya sendiri sudah pun menggunakan cara ini dan ia terbukti berkesan.
Tanpa ragu-ragu, anda yang ada masalah ini silalah cuba sekarang. Maka akan selamat lah rm300 anda daripada tukang paip yang akan kenakan bayaran mahal. Apatah lagi kalau di KL ni, harga yahudi semua. Sekian, selamat mencuba.
p/s: jangan lupa untuk nantikan artikel berkenaan info dan tips berguna daripada team @bumiclean. No maids? No problem. Find the best cleaning service in Kajang here!