Guna Dua Bahan Ini, Lipas Terus Lenyap Daripada Kereta Anda

Keadaan kereta yang terdapat banyak lipas menghuni didalamnya bukanlah suatu keadaan yang menyenangkan. Ia bukan sahaja membuatkan kereta terasa kotor bahkan mungkin akan mengurangkan keyakinan pemilik kereta lebih-lebih lagi setiap kali hendak mempelawa teman untuk tumpang bersama. Dikhuatiri akan tidak disenangi oleh orang yang kita tumpangkan. Mungkin juga boleh mendatangkan penyakit disebabkan sifat lipas yang kotor.

Kebiasaannya keadaan ini bukanlah sesuatu yang diundang atau disengajakan untuk berlaku, ada keadaan yang mana apabila kita meletak kenderaan di kawasan berdekatan tempat pembuangan sampah, maka ini akan mengundang lipas untuk berpindah ke dalam kereta anda. Namun, jika keadaan perumahan atau pejabat tempat anda bekerja memiliki ruang meletak kenderaan yang terhad, maka pasti anda tiada pilihan selain meletakkan kenderaan dikawasan yang mungkin berdekatan dengan tempat pembuangan sampah.

Tambahan pula, jika anda ada tabiat sukakan cemil-cemilan sambil memandu, sisa makanan yang terjatuh akan menggalakkan lagi lipas untuk terus kekal dalam kereta anda atas sebab ada sumber makanan untuk mereka.

Ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk membanteras lipas-lipas yang ada dalam kereta anda dengan berkesan. Ada cara yang memerlukan kos yang tinggi, ada juga cara yang memerlukan kos yang sangat murah dan mudah didapati. Jika anda sudah mencuba macam-macam cara tetapi tidak menjadi, jom cuba cara ini pula. Setakat ini, cara ini sangat berkesan dan menjimatkan.

Cuma dua bahan sahaja yang diperlukan dan anda sudah bersedia ke medan perang bersama lipas. Bahan-bahannya seperti berikut:

  1. Mentega (Saya biasa gunakan marjerin; setakat ini menjadi)
  2. Minyak terpakai (sebaiknya sisa minyak yang digunakan untuk menggoreng ikan atau ayam)

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Masukkan minyak kedalam bekas anggaran setengah cm atau satu cm daripada dasar bekas.
  2. Letakkan sesudu mentega ditengah-tengah (mentega ibarat seperti pulau)
  3. Letakkan bekas ini dibahagian depan dan belakang dalam kereta
  4. Tinggalkan semalaman dan lihat hasilnya

Secara teorinya, lipas akan tertarik dengan bau minyak terpakai dan mentega. Mereka akan cuba mendapatkan mentega ditengah-tengah bekas tersebut. Apabila lipas masuk saja kedalam bekas untuk mendapatkan mentega, mereka akan terjatuh kedalam minyak dan menyukarkan pergerakan lalu mati akibat lemas dalam minyak tersebut.

Cara ini sangat mudah dan jimat. Kalau anda kerap lakukan, mungkin semua lipas yang ada dalam kereta anda akan lenyap. Saya sudah buat dan terbukti menjadi. Jadi apa tunggu lagi? Cubalah!

Stay tuned with us for more cleaning tips and interesting articles.  

No maids? No problem. Find the best cleaning service in Kajang here! 

CARA MUDAH DAN MURAH ATASI SINGKI TERSUMBAT

Sumber: impiana.my 

Pernah tak anda mengalami masalah singki tersumbat? Mesti biasa berlaku kanteringat zaman belajar saya dulu sewaktu tinggal serumah dengan sipembuang sisa minyak masak ke dalam singki.

Kitasemua tahu minyak tak larut dalam air, jadi bila sebahagian minyak yang kita buang ke dalam singki tu melekat pada dinding paip saluranmaka tersumbat lah dia.Tambahan pula, sisa minyak tersebut memerangkap sisa makanan yang masuk ke dalam paip saluranJadi cebisan yang terkumpul menyebabkan singki tersumbat. 

Hari ini, team @bumiclean nak kongsikan kepada pembaca, berkenaan cara selesaikan masalah ini dengan kos yang paling minimum. Tak perlu bayar plumber mahal-mahal untuk betulkan. Sila ikuti cara-cara dibawah. Ini proven success tau!

  1. Tuangkan baking powder kedalam lubang singkiSebelum tupastikan anda dah buka penutup singki untuk memaksimumkan kemasukan baking powder. 
  2. Biarkan lubang singki yang penuh dengan baking powder tadi semalaman. 
  3. Keesokan harinyatuangkan air panas mendidih ke dalam lubang singki tersebut 
  4. Siap! 

Kepada anda yang kurang pasti dengan tips iniketahuilah singkin rumah saya pun tersumbat dan saya sendiri sudah pun menggunakan cara ini dan ia terbukti berkesan

Tanpa ragu-ragu, anda yang ada masalah ini silalah cuba sekarang. Maka akan selamat lah rm300 anda daripada tukang paip yang akan kenakan bayaran mahal. Apatah lagi kalau di KL ni, harga yahudi semua. Sekian, selamat mencuba.  

p/s: jangan lupa untuk nantikan artikel berkenaan info dan tips berguna daripada team @bumicleanNo maids? No problem. Find the best cleaning service in Kajang here! 

Cara Mencuci Dapur Masak Dengan Mudah Dengan Menggunakan Cuka dan Baking Soda

Setelah seharian memasak, anda mendapati dapur anda dicemari dengan kotoran gris dan minyak yang sukar dicuci dengan air 

Seringkali setelah kita memasak, kita akan mendapati terdapat kotoran kesan minyak yang terpercik atau terjatuh semasa kita memasak. Hmm.. biasa bukan? 

Masalah sebegini sememangnya tidak dapat dielakkan kerana tindak balas minyak dengan partikel air akan menyebabkan didihan minyak tersebut akan terpercik keluar kuali. 

Sekiranya sedikit sahaja, mungkin tiada masalah. Tetapi, “bak kata pepatah, sikit-siki lama-lama jadi bukit”. Percikan minyak yang terkumpul dalam masa beberapa hari akan menyebabkan dapur kita kelihatan kotor dan berselerak. Pada pandangan mata kita, sudah tentu kita akan berasa tidak begitu selesa memasak di sekitar dapur yang kotor bukan? 

Jadi, di sini, saya ingin berkongsi kepada para pembaca, satu kaedah yang sangat senang dan murah untuk membersihkan kotoran minyak tersebut. 

Dapur yang kotor akan menyebabkan kita tidak selesa memasak dengan tenang, bukan? 

GUNAKAN SERBUK PENAIK (BAKING SODA) DAN CUKA 

Barang ajaib ini lagi? Hahaha, ya. Baking Soda mempunyai banyak fungsi selain memasak. Antaranya, kita boleh campurkan baking soda ini dengan cuka untuk menghasilkan larutan yang boleh membantu kita untuk mencairkan kotoran minyak degil di dapur memasak kita. 

Cara-caranya: 

  1. Taburkan baking soda ke atas dapur memasak anda. Tumpukan di tempat-tempat yang terkumpulnya kotoran minyak tersebut. 
  2. Setelah itu, tuangkan sedikit cuka ke atas baking soda tersebut. Tuang dengan cermat, agar tidak tumpah ke dalam celah-celah dapur memasak. 
  3. Biarkan beberapa minit. Anda mungkin akan mendapati tindakbalas kimia yang berbuih. 
  4. Setelah beberapa minit (5-10 minit), ambil sehelai kain buruk dan bersihkan (sental) kawasan kotoran tersebut. 
  5. Anda akan mendapati kotoran tersebut akan lebih mudah dicuci. 

 

Mudah bukan? 

Yang penting, larutan tersebut adalah murah dan anda boleh menghasilkannya dengan mudah dengan hanya menggunakan cuka dan baking soda. 

Selamat mencuba! 

Stay tune with us for more cleaning tips and interesting articles.  

No maids? No problem. Find the best cleaning service in Kajang here!